TJC TALENT STUDIO

Recording Studio, Audio/MTV Karaoke Publishing

.: Time Now :.
.: TJC's Management :.

Mrs. Jovita RJ-Manager

Mr. Nars JM-Marketing Executive

Mr. James S-Musician 1
Mr. Ateng-Musician 2
Mr. Freadolin-Musician 3

.: Album Terbitan TJC :.
Beli Yang OriginaL

Sulod 1

David Pinus

Jovita Robert Johnny

Miampai Dahai

Papier Mache

Kampung-Kampung
Ateng
Variasi 2
Nars
Variasi 2005

.: Karaoke / V-clip :.
.: Galleri Lagu :.
.: TJC's Photos Gallery :.
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from TJC Talent Studio PIC. Make your own badge here.
.: TJC's Calender :.
.: Anda Pelawat Ke :.

View My Stats
.: Who's Online?? :.
   
Tuesday, October 16, 2012
Variasi 3
Selain Ubati Kerinduan Peminat
JOVITA & ATENG
menampilkan James & Vanessa

          4 tahun tanpa album baru? Satu tempoh yang begitu lama bagi peminat setia lagu-lagu tempatan Sabah, khasnya Ateng dan Jovita Robert Johnny. Bukan merajuk, bukan tidak lagi berkarya tetapi kami mau beri yang terbaik untuk anda. Jovita Robert Johnny pemilik Lagu Butia Tobulou dan Ateng yang popular dengan Norubat Piginawaan menjelaskan bahawa mereka terus aktif menyanyi bersama Yahai Band, sebuah kugiran yang begitu dikenali ketika ini. Mereka sering menghiasi acara-acara hiburan tidak kira di peringkat kampung, daerah mahupun peringkat negeri.
         
          Ateng yang juga turut dikenali sebagai Baha Tungau terutama dalam lagu-lagu lucunya yang bertajuk Budu punya kambing, Molisau Negara Aramaiti, Kenapa gia kau ini dan lain-lain lagi, menjelaskan beliau sebenarnya masih aktif berkarya cuma tiada album penuh.  Tambahan pula beliau sibuk dengan kerjaya beliau sekarang. Beliau bagaimanapun masih banyak terlibat dengan pembikinan album artis-artis tempatan di negeri ini. Selepas album Duo bertajuk YAHAI bersama Benn Simon Bukag, Ateng muncul dalam album Kompilasi MTV Karaoke Variasi 2, penampilan dalam single terbaru Kognag, Kudique & Rey Nizam yang bertajuk Bila Diari Terbuka, berduet bersama Alvin MY dalam lagu bertajuk Epilog Cinta. Ateng manampilkan 4 buah lagu dalam Variasi 3 iaitu Sinding Montok Tanganak, Opoit Kanu, Oupus Oku Dika Sogigisom dan ‘G’ Koupusan Ku.

          Bagi Jovita Robert Johnny pula, beliau amat gembira dengan penerbitan album ini yang disifatkannya satu hadiah kepada peminatnya yang selama ini sering bertanyakan album terbaru. Walaupun hanya album kompilasi, tetapi Jovita telah memuatkan beberapa lagu baru dalam album ini, antaranya lagu Koili iaitu sebuah lagu yang mana liriknya memperkenalkan bahasa dari suku kaum Dusun Tindal Tenghilan iaitu bahasa ibunda nya, dan Pinatahak Do Id Sawat, sebuah lagu yang pernah dirakamkan di RTM sekitar tahun 1989 dan kini telah diberi nafas baru.  Jovita menjelaskan bahawa mereka akan menjual sendiri album mereka ini sebelum diedarkan ke seluruh daerah melalui pengedar yang terpilih. “Anda boleh terus dapatkan dari kami” jelas Jovita yang ingin mendekati peminat mereka secara bersua muka. Selain menjemput kami yang mana kebiasaannya bergabung dalam satu BAND iaitu YahaiBand dalam apa juga majlis keramaian, anda boleh terus menghubungi kami melalui akaun Facebook, katanya. “Memandangkan saya bekerja di Studio sendiri, saya boleh bekerja sambil melayari internet”, ulasnya lagi.

          Vanessa yang masih baru dalam dunia hiburan merupakan pelajar tahun akhir di sebuah Kolej Kejururawatan di Kota Kinabalu mengharapkan lagu Abadi dapat memberi kepuasan kepada mereka yang tidak putus-putus meminta lagu ini diterbitkan dalam bentuk Muzik Video dan MTV Karaoke terutama sekali rakan-rakan sekolej dan pelajar-pelajar sekolah. Lagu Abadi merupakan ciptaan Baha Tungau @ Joanes Robert Johnny. Menceritakan pengalaman semasa diberikan peluang menyanyikan lagu ini, Vanessa  atau lebih dikenali dengan nama timangan nya Baby Ipop menyatakan amat teruja apabila dipilih untuk menyanyikan lagu ini.

          Mengapa memilih Variasi 3 sebagai tajuk album? Penerbit Album serta Pemain gitar utama & Pengurus YahaiBand sendiri James Sami  turut membuat penampilan melalui lagu hits beliau Blues Montok Tambalut  menjelaskan bahawa mereka pernah menggunakan nama Variasi sebanyak dua kali sebelum ini iaitu Variasi 2005 dan Variasi 2, jadi ada kesinambungan disitu katanya. Dan memberi penjelasan akan terus menggunakan nama VARIASI utk album-album kompilasi keluaran TJC Talent Studio yang seterusnya.  Penerbit bersama untuk album ini iaitu Fancey Sami percaya album ini bakal mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana lagu-lagu yang terdapat dalam album ini meliputi pelbagai genre, sesuai dengan selera pendengar masa kini. “Saya melihat kesungguhan mereka selama ini dan ianya terbukti dengan kematangan susunan muzik dan vocal yang begitu ketara sekali berbanding sebelumnya” ujar Fancey.

          Jangan lupa menyaksikan Ateng dan Vanessa dengan lagu terbaru mereka dalam rancangan hiburan yang bertajuk “TUNG SAYAU KU” di saluran 180 TVi Astro setiap Sabtu jam 3.30 petang bermula 12 Oktober ini.

          Kepada yang ingin mendapatkan album VCD mereka, bolehlah berhubung terus ke talian: 0195326767, 0135525528, 0138664262 atau melalui laman sesawang www.facebook.com/TJC Talent Studio. Untuk melihat Promo Video album ini, boleh melayari laman YouTube dengan menaip Variasi 3 Promo Video atau terus ke alamat http://www.youtube.com/watch?v=zsTn55qJpyQ


 
posted by TJC TALENT STUDIO @ Tuesday, October 16, 2012   0 comments
.: About Me :.

Name: TJC TALENT STUDIO
Home: Tenghilan, Sabah, Malaysia
About Me: TJC Talent Studio
See my complete profile
.: TJC Promo Album :.

VARIASI 2

YAHAI

.: Let's Chat Here :.

.: CONTACT US :.
  • Office Studio : 088-981614
  • Address : TJC Talent Studio, Po.Box 4, 89260 TENGHILAN, TUARAN SABAH
  • Email : tjctalent_studio@yahoo.com
.: Blog Link :.
.: My Links :.
.: Studio Rakaman :.
.: Previous Post :.
.: Archives :.
.: Template by :.

Free Blogger Templates