DJ Alipin, Jack & Boni dengan album SULOD 1 Boni Di Luar Konti Boni & Jack On-Air Boni, DJ Alipin, dan Jack Jack, Boni, nanti keluar tu kaset, jangan lupa bagi kami ya..
Tajuk Album : SULOD 1Artis : Jack & Boni Genre : Lagu-Lagu Etnik Sabah Bentuk : Kaset Harga : RM13.90 sahaja
Diary Artis SULOD 1 (Miampai Artis 18/01/2008)
Artis SULOD 1 (Jack & Boni) tiba di Kota Kinabalu jam 4.30 dari Pekan Telupid. Mewakili TJC Talent Studio, James Sami telah bersama-sama mereka ke RTM pada jam 8.30 malam. Setiba kami di Pejabat Siaran Bahasa Dusun, DJ Alipin Manaf telah bersedia menanti kami. Turut kelihatan pada masa itu ialah DJ Matinin Yukim yg sedang sibuk menghadap komputer. Namun beliau masih sempat mengucapkan Hai! kepada kami. Kami sempat berborak dengan DJ Alipin yang begitu mesra dan ceria sebelum masuk konti Sabah VFM (DJ Alipin cerita pengalaman semasa berada di Indonesia). Jam 9.30 Jack, Boni dan James masuk ke dalam studio. Jack & Boni sedia untuk ditemuramah. DJ Alipin sempat memutarkan 5 buah lagu sepanjang rancangan ini. James sempat membaca sms yg dihantar oleh para pendengar dan mendapati ianya sangat banyak dan tidak sempat diudarakan kesemuanya. Jack & Boni tidak bermasalah menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh DJ Alipin mahupun dari pendengar. Selesai rancangan Miampai Artis, kami bertiga ke sebuah Restoran Cina di Foh Sang, Luyang pekena Mee Goreng Basah. James sampai ke rumah jam 12.10am, manakala Jack & Boni sampai di Telupid jam 4.00 pagi. Keesokan harinya (19/01/2008) Kaset SULOD 1 telah sampai ke Kota Kinabalu dan sedia untuk diambil. Harapan : Semoga SULOD 1 dapat menghiburkan anda semua. |