TJC TALENT STUDIO

Recording Studio, Audio/MTV Karaoke Publishing

.: Time Now :.
.: TJC's Management :.

Mrs. Jovita RJ-Manager

Mr. Nars JM-Marketing Executive

Mr. James S-Musician 1
Mr. Ateng-Musician 2
Mr. Freadolin-Musician 3

.: Album Terbitan TJC :.
Beli Yang OriginaL

Sulod 1

David Pinus

Jovita Robert Johnny

Miampai Dahai

Papier Mache

Kampung-Kampung
Ateng
Variasi 2
Nars
Variasi 2005

.: Karaoke / V-clip :.
.: Galleri Lagu :.
.: TJC's Photos Gallery :.
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from TJC Talent Studio PIC. Make your own badge here.
.: TJC's Calender :.
.: Anda Pelawat Ke :.

View My Stats
.: Who's Online?? :.
   
Monday, January 29, 2007
TJC Talent Studio

PENGENALAN

TJC ialah singkatan daripada perkataan Tenghilan Jamming Centre. Sebelum dijadikan studio rakaman, TJC adalah sebuah pusat jamming yang menjadi tumpuan pemuzik sekitar Tenghilan, Tamparuli, Tuaran dan Kota Belud untuk berlatih dan melepaskan tension terutama ketika musim peperiksaan. Tiada masa rehat bagi TJC kerana setiap jam tetap ditempah oleh kebanyakan pelajar yang menduduki peperiksaan.

TJC Talent Studio mula ditubuhkan pada awal tahun 2005. Semuanya bermula daripada impian empat orang anak tempatan yang sangat meminati seni suara dan seni muzik. James Sami, Jovita R. Johnny, Joannes R. Johnny @ Ateng dan Narsisius Justin Misin @ Nars duduk bersama-sama bekerja keras dengan dorongan ahli keluarga dan kawan-kawan seperti Jahedi Siambing, dan Nyerman Selipat (Sifu SONAR), ahkirnya berjaya menubuhkan sebuah studio rakaman yang dikenali sebagai TJC Talent Studio dan seterusnya berjaya merakamkan album sulung dalam bentuk kompilasi yang bertajuk “Variasi 2005” pada bulan April 2005. Syukur kepada Tuhan, segala penat lelah dan berkat usaha yang berterusan, Album Variasi 2005 telah berjaya memperkenalkan TJC Talent Studio kepada peminat seni suara khasnya pendengar lagu-lagu dusun. Sambutan album ini adalah diluar dugaan setelah lagu RALAN KOPOSION nyanyian Jovita Robert Johnny tersenarai dalam carta Juara Lagu Tempatan (Dusun) Bontugan Sinding. Cara mengundi pada masa itu adalah secara bertulis iaitu melalui surat. Walaubagaimanapun lagu tersebut hanya bertahan selama 4 minggu. Selepas itu, giliran lagu NORUBAT PIGINAWAN nyanyian ATENG pula tersenarai dalam carta. Pada masa itu undian secara SMS telah dilancarkan dan lagu Norubat Piginawaan telah mendapat sambutan yang baik daripada para peminat. Dengan mengungguli carta Bontugan Sinding Dusun selama 18 kali dan bertahan selama 68 minggu dalam carta, lagu Norubat Piginawaan telah mencatat rekod lagu yang paling lama dalam carta dan paling kerap menjadi juara.

PENCAPAIAN

Kejayaan manis ini telah mendorong kami untuk menimba ilmu dan memperbaiki segala kelemahan dan bekerja keras untuk melengkapkan segala kemudahan rakaman studio. TJC Talent Studio merupakan studio rakaman yang pertama ditubuhkan di daerah Tenghilan. Sejak itu TJC Talent Studio mula menerima kunjungan artis-artis tempatan dan membuat rakaman lagu untuk dihantar ke RTM serta menghasilkan album untuk dipasarkan. Pada awal tahun 2006 TJC Talent Studio telah mengeluar dan menerbitkan album “Ralan Panahon Ku” dalam bentuk kompilasi dan artis-artisnya ialah Bad Burhan, E. Kinatu dan Emas.

Album solo AtengLangadon Yahai Diya” dikeluarkan dan mula berada dipasaran pada awal bulan Julai 2006, telah berjaya menembusi pasaran tempatan, menjual 1000 unit dalam masa sebulan.

Menyusul selepas ini ialah album-album berikut :

JOVITA ROBERT JOHNNY : Butia Tobulou

DUO : P Loe & Joe

Variasi 2 : James/Reynaldo/Ateng & Jill/Marlisa/Nars/Patrick/Azis/Charles/Ronny/Joanna/Jasper

Kampung-Kampung : Jasnis Lian/Will Johnny L/Handry Luaran/Jamil Sitang/K Albert

VISI DAN MISI TJC TALENT STUDIO

  • Memberi peluang kepada artis-artis tempatan untuk mengembangkan bakat mereka dalam industri hiburan
  • Mengembangkan dan memartabatkan industri seni muzik tempatan
  • Mengetengahkan konsep-konsep terkini terutama dalam penyampaian lagu dan lirik serta sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan semua peringkat umur.
  • Membuktikan keupayaan industri hiburan tempatan setanding dengan industri hiburan luar.
posted by TJC TALENT STUDIO @ Monday, January 29, 2007  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
.: About Me :.

Name: TJC TALENT STUDIO
Home: Tenghilan, Sabah, Malaysia
About Me: TJC Talent Studio
See my complete profile
.: TJC Promo Album :.

VARIASI 2

YAHAI

.: Let's Chat Here :.

.: CONTACT US :.
  • Office Studio : 088-981614
  • Address : TJC Talent Studio, Po.Box 4, 89260 TENGHILAN, TUARAN SABAH
  • Email : tjctalent_studio@yahoo.com
.: Blog Link :.
.: My Links :.
.: Studio Rakaman :.
.: Previous Post :.
.: Archives :.
.: Template by :.

Free Blogger Templates