TJC TALENT STUDIO

Recording Studio, Audio/MTV Karaoke Publishing

.: Time Now :.
.: TJC's Management :.

Mrs. Jovita RJ-Manager

Mr. Nars JM-Marketing Executive

Mr. James S-Musician 1
Mr. Ateng-Musician 2
Mr. Freadolin-Musician 3

.: Album Terbitan TJC :.
Beli Yang OriginaL

Sulod 1

David Pinus

Jovita Robert Johnny

Miampai Dahai

Papier Mache

Kampung-Kampung
Ateng
Variasi 2
Nars
Variasi 2005

.: Karaoke / V-clip :.
.: Galleri Lagu :.
.: TJC's Photos Gallery :.
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from TJC Talent Studio PIC. Make your own badge here.
.: TJC's Calender :.
.: Anda Pelawat Ke :.

View My Stats
.: Who's Online?? :.
   
Friday, April 20, 2007
ALBUM SOLO NARS>Iti Noh Ralan Ku

AKAN BERADA DI PASARAN, MEI INI

Muncul pada pertama kalinya dalam album VARIASI 2005 dalam bentuk kompilasi bersama Ateng @ Joannes Robert Johnny dan Jovita Robert Johnny dua tahun yang lalu merupakan kenangan yang indah dan pencapaian yang terbaik bagi anak kelahiran dusun tatana Kuala Penyu ini. Selepas itu beliau muncul pula dalam MTV Karaoke Sinding Bontugan 3, menyanyikan sebuah lagu ‘Idu Noh Tongkiad Noh’. Kini akhirnya Nars atau nama penuhnya Narsisius bin Justin Misin muncul dengan album solonya yang bertajuk “Iti Noh Ralan Ku”, pasti memberi satu kelainan pada seni hiburan tempatan khasnya bagi pendengar lagu-lagu dusun. Album Iti Noh Ralan Ku memuatkan 10 lagu, yang mana 9 lagu dalam bahasa dusun dan sebuah lagu dalam bahasa tatana. Kesemua lagu adalah hasil ciptaan beliau sendiri dan penulis lirik yang terlibat ialah En. Charles N., En. Philip Diasun dan En. Cornelius Duliat Diki. Konsep yang diketengahkan pula membabitkan Sumazau, Slow Rock, Ballada, Joget, dan Cha-Cha. Nars memberi satu kelainan dalam albumnya ini dengan berduet bersama Ateng @ Joannes Robert Johnny dalam lagu ‘Joget Karamaian Tokou.’. Nars merupakan seorang penyanyi yang boleh menyanyikan lagu dalam pelbagai rentak.

Penerbit eksekutif album Nars “ Iti Noh Ralan Ku” ini ialah En.Tony Paridi P. Baggang dan Pn. Juliana A Kubu. Album ini dirakam sepenuhnya di TJC Talent Studio, Tenghilan.

Pada penampilan pertamanya dalam Variasi 2005 Nars menyanyikan 3 buah lagu iaitu Idu Noh Tongkiad Noh, Mompokotop Do Karabau (Tatana), dan Tadau Kamatan.

Anak kelahiran Kuala Penyu ini mempunyai bakat besar dalam bidang seni hiburan tempatan. Beliau bukan sahaja boleh menyanyi tetapi beliau juga merupakan seorang pencipta lagu dan lirik dalam bahasa dusun dan bahasa Melayu. Beliau pernah memenangi tempat ketiga dan tempat keempat dalam pertandingan mencipta lagu Bandar Raya Kota Kinabalu pada tahun 2006.

Ditanya berkaitan dengan kerjaya beliau sepenuhnya, Nars memberitahu, beliau merupakan seorang pendidik yang bertugas di Sekolah Menengah Stella Maris Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Beliau juga merupakan salah seorang pengurus studio rakaman iaitu TJC Talent Studio, dan kini bergiat aktif dalam Persatuan Artis-Artis Sabah (PERTISA) untuk bersama-sama memartabatkan seni hiburan dan muzik tempatan.

Dalam pembikinan album solo Nars ini melibatkan tiga orang pemuzik yang handal-handal belaka iaitu James Sami, Freadolin Baser dan Ateng @ Joannes Robert Johnny. Mastering pula dilakukan oleh En. James dan En. Lanree H Asing. Penasihat konsep dan juruedit lirik ialah Jovita Robert Johnny dan En. James Sami. Suara latar pula dibantu oleh Ateng selain daripada Nars sendiri.

Bertanya tentang harapan Nars dalam solonya ini, beliau menjelaskan “ini merupakan penampilan solo saya yang pertama, saya berharap mendapat sambutan daripada peminat seni hiburan tempatan dan bersedia menerima nasihat dan teguran dalam apa jua bentuk untuk mempertingkatkan mertabat seni hiburan dan muzik tempatan khasnya dalam bahasa dusun atau kadazan” kata beliau.


posted by TJC TALENT STUDIO @ Friday, April 20, 2007   0 comments
Thursday, April 19, 2007
Jovita Robert Johnny @ New Sabah Times

Mungkin anda terlepas pandang artikel ini pada 11 April yang lalu. Disini anda boleh membacanya semula. Thanks to Mr. dBos @ http://dbos-fm.blogspot.com/
posted by TJC TALENT STUDIO @ Thursday, April 19, 2007   0 comments
.: About Me :.

Name: TJC TALENT STUDIO
Home: Tenghilan, Sabah, Malaysia
About Me: TJC Talent Studio
See my complete profile
.: TJC Promo Album :.

VARIASI 2

YAHAI

.: Let's Chat Here :.

.: CONTACT US :.
  • Office Studio : 088-981614
  • Address : TJC Talent Studio, Po.Box 4, 89260 TENGHILAN, TUARAN SABAH
  • Email : tjctalent_studio@yahoo.com
.: Blog Link :.
.: My Links :.
.: Studio Rakaman :.
.: Previous Post :.
.: Archives :.
.: Template by :.

Free Blogger Templates